Kegelapan sudah lama
menutupi hutan yang tebal itu. Disini tiada sebarang pencemaran cahaya yang
boleh menganggu gugat keindahan langit malam. Bulan masih lagi menjalankan
tugasnya menghiasi panorama dengan terang cahayanya yang memukau. Sahutan cengkerik
sesekali dibalas dengan jeritan katak ditambah pula dengan deruan air sungai
yang mengalir lembut menjadi halwa terapi buat telinga sang pendengar.
Namun pemandangan alam
ini terjejas dengan derapan tapak kaki yang laju melangkah akar pokok kayu yang
besar. Pantas mengelak onak dan duri laju menyusuri di celahan belantara yang
tenang. Sesekali matanya mengerling ke belakang memastikan jarak selamat antara
dirinya dan si pengejar.
Lariannya terhenti di
sebuah tebing, akalnya ligat berfikir cara untuk dia menyeberang. Semakin lama
semakin jelas bunyi ranting patah dan semak samun yang bercerai dari
kawanannya, tanda yang mengejar semakin hampir. Dirinya mula cemas, dada ikut berombak kencang.
Tiada lagi jalan lain, tiada lagi pilihan lain, tekad dibulatkan harapan
dinyalakan agar ada lah pokok besar yang sempat untuk dipaut ketika terjun dari
tebing setinggi tiga tingkat rumah kedai. Langkah mula diambil dan dia
mula melompat. Nafas ditarik lega, mujur ada dahan pokok api api yang sempat
dicapai. Tiba tiba…..
“woi! Bangun! kau peluk
kaki aku ni apahal” sambil menutup lagu ‘Melompat lebih tinggi’ nyanyian Sheila
on 7 di computer riba milik kawannya itu.
Terkebil kebil Sam mencelikkan
mata, Adli laju mencapai kamus.
“ Tangan kau kalau naik
sikit lagi ke atas memang mintak dihentak dengan kamus ni, bangunlah dah lambat
ni”
‘kau dah mandi?”
“Dah! bangun dan siap!
Sekarang!”
“aye aye, mahjong paper
?”
“dah gulung dah kat kereta”
“aye aye” dia bangun
dengan penuh malas dan jerit “goooooddddddddd morninggggggg” sambil membuka
langsir bilik yang tak seberapa.
“pap!!!!” tuala singgah
ke kepalanya.
“aku pusing balik, kau
tercongok lagi, bukan tuala eh nanti..haa bukan tuala”
Senyum kelat. Sambil
mengomel ‘pagi-pagi dah sebarkan aura negative patutnya nikmati laa keindahan
cahaya matahari yang……
*adli masuk dengan
membawa kayu besbol dan terus menerpa ke arah kawannya.
* sam menjerit dan
terus berlari ke bilik air.
PERKARANGAN Dewan Fakulti
Dan sementara itu Sam
masih lagi membebel
“Sebab tu generasi muda
sekarang ni kurang common sense, general knowledge pun zero, mane taknye 12
tahun kita belajar sebab exam. Kalau tak exam kita tak belajar. Tu jenis yang
rajin belajar, kalau yang malas belajar. Haa . kau tau dekat Finland sekolah
diorang satu daerah satu je tau. Then waktu sekolah 5 jam selebihnya waktu
untuk asah soft skill dan talents development….’’ Belum sempat Sam menghela
nafas untuk menyambung bebelannya Adli di sebelah mencelah.
“Aku cuma cakap kita
dah lambat and parking dah penuh. Macam mana kau boleh sampai finland ni?”
“Sebab kau tanye aku
midterm aku sebelum atau selepas cuti” balas Adli.
“Macam tu pun boleh
sampai Finland?” ujar Adli. Sarkastik.
Adli selesai memarkir
dan sedang berkira kira untuk turun dari kereta sebelum Sam dengan separuh
menjerit menarik tangannya sambil berkata
“Presentation kita
dekat dewan fakulti lah, yang kau parking depan Canselori ni pahal? Nak berkelah?
Kau ni bergurau pun tengok lah cuaca
dulu” bentak Sam.
“Assalamualaikum Amirul Samad Amirul Ali, bile nak boarding balik Malaysia? Masih dekat Finland lagi
ke?” balas Adli sambil memetik jari. Dia menyambung lagi “Parking takde kat
sane haa tu lah kau bebel je yang kau tau tapi tak peka dengan persekitaran,
aku dah pusing area fakulti tu dua tiga kali kau tau, minyak kereta sekarang
bukan boleh dibeli dengan nilai persahabatan”
Sam mencebik lalu keluar
dari kereta sambil membalas “kau ingat cool lah ni parking kat kawasan pelawat
macam ni lepastu menapak ke dewan fakulti yang jauh sedepa alam tu?”
“Menapak? Siapa kata
kita nak menapak? Dah 45 minit lewat and turn presentation kita anytime. We
need more than menapak” cadang Adli sambil menggalas bag laptopnya di bahu.
“Hey hey Adli Afiq
Abdul Manan sebab tu kita ade ni… benda ni” Sam menepuk nepuk bumbung kereta
kenari milik adli.
Adli menjeling Sam atas
bawah dia kemudian mengajuk perbuatan sam yang menepuk-nepuk bumbung kenari
hitamnya “ade benda ni tapi bangun pagi kelaut tak guna jugak, makcik tukang
sapu aras kita tu dah nak rehat kali kedua tunggu kau punya waktu nak bangun”
Sam
sengih tunjuk gigi, dia mula mengemas barang-barang yang akan dibawanya ke
presentation projek mereka. “kau tau li, benda-benda present ni pun aku tak
setuju dalam sistem pendidi… woi Adli!” jerit Sam yang mula terkial kial
mengejar kawannya itu dari belakang.
DEWAN Kuliah 1
“ Okay class, that’s
all for today! next week kita akan sambung bab consolidated statement untuk
cash flows, enjoy your midterm break” kata puan amylia sambil mematikan suis
projector. Cahaya yang terpancar ke skrin putih di bahagian depan kelas serta
merta terpadam. Keadaan kelas kembali terang benderang seperi di awal kelas
tadi. “ by the way nota untuk next lecture boleh amek dari balqis okay? Pesan
puan amylia sambil menghulurkan beberapa handout kepada Balqis hana.
Balqis hana mencapai
kertas itu dengan sopan dan sudah menjadi kebiasaannya sebagai pelajar yang duduk
di barisan paling hadapan dalam kelas, beliau akan mengagihkan nota itu kepada
kawan kawannya di belakang.
Selepas mengemas
barang-barangnya puan Amylia terus berlalu meninggalkan kelas. Begitu juga
dengan pelajar pelajar lain. Semua bergegas untuk mengejar masa bagi mengikuti
jadual pembelajaran yang telah diatur pada hari itu.
“Aku tak balik kampong
kot cuti midterm kali ni” jelas balqis ringkas kepada kawan sekelasnya liyana.
“Dah kenapa pulak? Time
cuti nilah kita nak bantai tido pagi ke petang dan ulang sampai tiba-tiba esok
dah kene balik kolej semula” bidas liyana sambil melirik lirik matanya kearah
balqis yang sedang mengemas buku buku notanya.
“Eh aku balik rumah pun
tak boleh nak buat rutin macam kau cakap tu, awal pagi dah kene bangun hantar
adik aku pergi sekolah” kata balqis tercebik cebik bibirnya sambil menyusun
barangnya ke dalam bag.
Liyana hanya tergelak,
hampir setiap kali tiba cuti pertengahan semester dia akan mendengar rungutan
yang sama dari kawannya ini.
Sedang mereka berdua
melangkah keluar dari kelas di aras bawah itu, terdengar suara orang menjerit
riuh kedengaran dari jauh
“excuse me!”
“coming through!”
“we are so sorry but
make a way please” jerit Sam dan Adli.
Bag Balqis terjatuh ke bawah
dek kerana bertembung dengan dua orang lelaki yang kelam kabut berlari tadi.
“takde manner punya
manusia” bentaknya, dia bingkas bangun sambil dipapah oleh liyana yang berada
disitu.
Riuh suasana bangunan
fakulti dengan adegan berlari mereka . termengah mengah sam menunggu adli. Dan
melihat kepada situasi mereka sudah pasti lawan mereka iaitu masa sudah jauh
dihadapan meninggalkan mereka.
“Menang dapat cendol kan?” soal Sam
“Kau yang patut
bergurau tengok cuaca dan masa dan…. tempat!” jerit Adli termengah mengah
mengambil nafas.
“Topping durian?”
“musang king”
“gula lebih?”
“fresh and sweet”
“plus jelly kelapa?”
“Ahaa you taking it too
far” balas Adli, melayan karenah kawannya sepanjang perjalanan memanjat tangga
ke tingkat 4.
“So we have our deal? Aku
nak lajukan pace aku ni” soal Sam sambil menghulurkan tangan. Belum pun sempat Adli menyahut, telefon bimbitnya berdering, lagu Liquor store blues by Bruno
Mars memenuhi di segenap ruang tangga itu.
“opss save by the bell”
adli sarkastik dan terus menjawab panggilan.
“Engkorang dua ni lalu
highway mane yang lambat sangat nak sampai sini? LPT?” nyaring suara perempuan
dihujung talian. Riak muka adli terus berubah kaget.
“Lagi dua floor chu , lift rosak and…..”
“Can’t you do better
than that?” ayat tergantung adli tadi dipintas dengan jerkahan Mekchu, Gadis berasal dari Perak yang mengambil jurusan sumber manusia itu sudah masak benar dengan
perangai Adli dan Sam.
“Alaa, chill lah chu,
kitaorang dah nak sampai ni” jawab Adli akur, kakinya masih ligat mendaki
tangga demi tangga bersama Sam di hadapannya.
“Don’t you try asking
me to bring my spikes down!” ringkas dan talian segera dimatikan oleh Mekchu.
“opps save by the bell
or save by the hell?” ujar sam sambil tergelak kecil, “although,what’s with
Mona Johanesson?” sambungnya lagi sambil kening diangkat sebelah.
“She is forest crazy” balas
adli menyambung expression Sam
mengenai Mekchu sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment